path-hunter.com

Friday, December 25, 2009

bermain gitar...

bermain gitar memang best ape2x lagi orang yang pandai main kerana apabila kita bermain gitar, kita akan puas hati dan merasakan seronok. selain itu belajar lah main gitar.
nak main alat muzik yang lain pun boleh.


bermain gitar

Thursday, December 17, 2009

habis SPM da....

horrrray... akhirnya habis SPM juga. Luangkan masa dengan perkara yang berfaedah sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Selamat maju jaya.

merdeka SPM.. horray...

Thursday, July 2, 2009

sudah masuk bulan julai.......

Pejam celik pejam celik dah bulan julai. Sebab itu kita jangan membazirkan masa dengan masa yang terbuang kerana masa itu emas. Kalau masa itu perak ke, gangsa ke tak ape jugak. Oleh itu kita gunakan masa yang ada ini dengan belajar ker ataupun buat aktiviti yang berfaedah.

test score, just score, score lah...

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru........

Selamat hari guru kepada semua guru yang berada di sekolah. Semoga sihat dan panjang umur (amin). Selain itu kita bolehlah beri tanda penghargaan kepada guru seperti memberi hadiah, kad ucapan, ataupun menggunakan kreativiti-kreativiti anda masing-masing.

Selamat Hari Guru

Sunday, May 10, 2009

Sudah pertengahan tahun.....

Kini kita sudah masuk bulan mei. Bagi yang bersekolah sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Ada yang belum mula lagi periksa. Bulan ini perlu ulangkaji bersungguh-sungguh untuk kejayaan yang baik. Kita perlu bahagikan masa untuk belajar dan hiburan. Teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang tinggi.

USAHA TANGGA KEJAYAAN

bukan usaha tangga sekolah

Tuesday, April 21, 2009

tentang boling....

kalau kata tentang boling mesti ada yang minat untuk bermain boling. sesiapa yang mahu bermain boling harus belajar skill dahulu. selain itu kita hendaklah membuat latihan. semasa membuat latihan, ajaklah bersama keluarga untuk bermain boling bersama. jika anda mengikut seperti cara berikut, insyaallah anda akan berjaya.

teruskan usaha anda

Sunday, March 22, 2009

Hari sekolah selepas cuti penggal pertama...

Setelah kita sudah bercuti sekolah, kita hendaklah pergi ke sekolah dengan penuh semangat untuk meneruskan proses pembelajaran yang kita belajar.

Selain itu, teruskan perjuangan anda sebagai seorang pelajar untuk masa depan yang cerah. Kita mestilah belajar dengan enjoy supaya tidak menghadapi stress yang berlebihan.

Selamat kembali ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

"Belajar bersungguh-sungguh"

Tuesday, March 17, 2009

kepada calon SPM 2009

Saya disini meminta anda semua tunjukkan keputusan yang terbaik pada tahun ini bagi meningkatkan lagi peratus SPM. Persiapan untuk menghadapi SPM sepatutnya daripada sekarang. Kerana ini semua untuk kebaikan kita semua untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Akhir kata buat yang terbaik untuk SPM kali ini.

"BUAT YANG TERBAIK UNTUK SPM TAHUN INI"

Cuti penggal pertama........

cuti kali ini sememangnya best sekiranya anda semua penuhi aktiviti-aktiviti pada hujung minggu. masa cuti inilah masanya meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang bagi melepaskan stress yang telah membebankan kita semua.

selain itu, yang tidak bercuti mungkin kerana bekerja teruskan usaha anda mencari rezeki. pelajar sekolah yang cuti bukan sahaja bercuti malah hendaklah menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh cikgu.

akhir kata saya mengucapkan selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bekerja bagi orang yang bekerja.

SELAMAT BERCUTI DAN BEKERJA